TELUK GOREK CHALET & CAMPSITE
Photo Credit: TELUK GOREK CHALET & CAMPSITE
Description
Buat korang yang berhasrat untuk pergi bercuti di luar dari kesibukan bandar, jom datang ke chalet & campsite yang ada pantai yang landai ,luas dan cantik nie. Teluk Gorek Chalet & Campsite... Chalet & Campsite ini betul-betul lokasinya berada di depan pantai. Masuk je kawasan ni terus dengar bunyi deruan air pantai yang nyaman. Pemandangan pun tenang sangat, confirm terbuai sekejap dengan keindahan alam semulajadi kat sini. Dengan harga bermula sekitar RM169.00 sehingga RM199.00 untuk harga bilik, anda juga boleh buat pilihan untuk menyewa dorm yang mampu memuatkan seramai 25 orang ataupun berkhemah di tapak camping site menghadap pemandangan pantai 1) Boleh bbq dan masak; 2)Nak order makanan sedap² dari chalet pun boleh; 3) Boleh bercamping dengan keluarga atau rakan rakan; 4) Nyaman dan tenang sepanjang masa; Kawasan yang strategik berdekatan dengan: 1) Pemandangan pantai yang landai; 2) Gunung Arong; 3) Pulau Mawar; 4) Bukit Selantai; 5) Masjid Tanjung Resang; 6) Ikan Celup Tepung Penyabong; 7) ATV sport Dan macam-macam lagi ..