Bakal kembali..... Setelah kali terakhir pada tahun 2019, pengembaraan rombongan DiRaja Johor, Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 Edisi Ke-23 yang diketuai DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bakal menemui rakyat khasnya di Negeri Johor bermula pada 5 Ogos 2023 sehingga 8 Ogos 2023....
Penganjuran program KMJ 2023 Edisi ke-23 ini akan melibatkan penjelajahan secara konvoi sejauh lebih 800 kilometer ke serata pelusuk Daerah di negeri Johor.
Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Kembara Mahkota Johor (KMJ), antaranya:-
1)Diilhamkan oleh DYMM Sultan Ibrahim sejak tahun 2001 ketika menjadi Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (DYAM TMJ);
2) KMJ ini bermatlamatkan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini;
3)Mendekatkan institusi istana dengan rakyat disamping menjadi program amal bagi membantu golongan kurang bernasib baik;
4)Seluruh Keluarga DiRaja Johor akan terlibat dalam program mesra rakyat ini;
5)Turut disertai Menteri Besar dan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri, bagi melaksanakan pelbagai projek kebajikan sepanjang laluan konvoi di semua 10 daerah di negeri Johor (Aturcara sebagaimana di kembarkan).
Jangan lupa untuk bersama-sama memeriahkan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 Edisi Ke-23 dengan berkunjung ke sekitar laluan mahupun di lokasi yang dinyatakan sebagai sokongan kesetiaan kepada Sultan kesayangan rakyat Johor.