This event has ended!
image

PIALA FA 2023 FINAL !!! (JOHOR DARUL TA'ZIM VS KL CITY)

22 Jul 2023 09:00pm - 11:00pm

Stadium Sultan Ibrahim

Bahang Perlawanan Akhir Piala FA 2023 semakin terasa. Pertemuan antara Juara Bertahan Johor Darul Ta’zim FC dan juga KL City FC.
Yang menjadi lebih menarik pada Final edisi ke-32 ini ianya bakal dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim iaitu gelanggang rasmi Harimau Selatan atas ketidaksediaan Stadium Nasional Bukit Jalil atas faktor dibaik pulih.
Stadium Sultan Ibrahim yang mempunyai kapasiti 40’000 penyokong itu bakal dipersiapkan untuk menerima kehadiran para penyokong kedua pasukan.
Dan atas kesepakatan bersama, pihak MFL telah memberikan dua pasukan ini jumlah pemilikan kuota secara sama rata.
Nyata penyokong setia JDT nampak lebih teruja apabila tidak sampai 4 jam ianya dibuka kepada pembeli awam, Pihak Johor Southern Tigers mengumumkan bahawa semua tiket yang diperuntukkan untuk kelab JDT telahpun “SOLD OUT”.
Sementara itu, penyokong setia KL City terlebih dahulu diberikan access untuk membeli tiket Perlawanan Akhir Piala FA ini sejak Khamis lalu iaitu pada 13hb Julai yang lepas.
Adakah kuota untuk pasukan The City Boys juga telah habis terjual? Atau pihak MFL telah meminta persetujuan dari pasukan KL City untuk memberikan lebihan tiket yang tidak terjual diberikan kepada Johor Darul Ta’zim?
Yang pasti 40’000 tempat duduk di SSI pasti tidak akan dibiarkan kosong. Vibes serta Atmosfera perlawanan akhir ala eropah pasti dapat dirasai oleh peminat bertuah yang memiliki tiket.
Johor Darul Ta’zim FC pasti telah mempersiapkan pasukan untuk mempertahankan piala itu di selatan, sementara itu Bojan Hodak pasti telah menyediakan ramuan
terbaik
untuk memerangkap bekas majikannya seperti yang telah beliau lakukan pada edisi Piala Malaysia 2021 yang lalu.
Nantikan debarannya

  • Posted In:

Our Awesome partners

Initiative By ITEA Technology
Programme By Iskandar Regional Development Authority (IRDA)
Supported By Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Strategic Platform