ADAT RESAM REWANG MASYARAKAT JOHOR

Adat Resam Rewang adalah sebuah majlis tradisional yang membangkitkan semangat kebersamaan dan kegembiraan dalam masyarakat. Dalam majlis ini, anda akan dapat menyaksikan kepelbagaian adat resam, kebudayaan, dan persembahan seni yang unik. Bergabunglah dengan kami untuk merasai kehangatan suasana rewang, menikmati hidangan tradisional, serta memperkukuh ikatan sosial di kalangan ahli komuniti. Mari sertai Adat Resam Rewang dan hidupkan semula warisan budaya yang membanggakan.

Rewang atau gotong-royong adalah sinonim dalam masyarakat berketurunan Jawa di Johor. Aktiviti ini lebih meriah bila masing-masing mencari apa sahaja kerja yang boleh dilakukan. Dahulunya anak-anak muda berebut-rebut untuk menjadi penanggah ataupun kendarat yang bermaksud pelayan. Tetapi fungsi tersebut kini kian lama terhakis kerana majlis kenduri sekarang lebih kepada sistem layan diri serta berpakej termasuk pramusaji.

Photo Credit: pesona pengantin

Kebiasaannya Rewang dilakukan selepas solat Isyak, atau selesai majlis khatam Al-Quran atau berzanji pada malam sebelum majlis persandingan. Antara hiburan yang dipersembahkan ialah kumpulan kugiran, kuda kepang, barongan, joget lambak dan karaoke. Jamuan sup tulang turut disajikan kepada hadirin.

Dahulunya Rewang turut diserikan dengan persembahan bunga api buatan sendiri sebagai penutup acara. Bunga api diisi di dalam batang buluh berukuran enam hingga tujuh inci. Bahan-bahannya ialah buluh sebagai kelongsong, arang yang diperbuat daripada kayu gajus atau kayu getah, belerang, serbuk putih kalium nitrat yang lebih dikenali dengan panggilan siaw, tahi besi dan tanah busut. Rewang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan serta masyarakat setempat tanpa mengira pangkat, umur atau jantina.

Photo Credit: selangorkini

  • Posted In:

Our Awesome partners

Initiative By ITEA Technology
Programme By Iskandar Regional Development Authority (IRDA)
Supported By Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Strategic Platform