ZAPIN WARISAN JOHOR

YAYASAN WARISAN JOHOR DAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGERI JOHOR

ZAPIN WARISAN JOHOR

YAYASAN WARISAN JOHOR DAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGERI JOHOR

Tarian zapin (Zafn) yang bermaksud pergerakan kaki cepat mengikut pukulan merupakan sejenis tarian masyarakat Melayu tradisional yang dikenali sejak kurun lamanya. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara. Pada awalnya, tarian ini ditarikan oleh kaum lelaki sahaja tetapi pada masa kini kaum wanita juga turut serta bagi menjadi pemanis dalam tarian tersebut. 

Photo Credit:
ALAT MUZIK ZAPIN DAN LAGUNYA



Terdapat 4 alat muzik wajib bagi tarian zapin. 4 alat muzik yang wajib adalah gambus, bedok, maruas dan akordion. Alatan muzik yang lain pada masa kini turut digunakan bagi menambah nilai komersial lagu zapin itu sendiri. Pada asalnya, lagu yang dijadikan sebagai iringan tarian zapin berunsurkan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan ke arah keagaman. Tetapi pada masa kini, setelah menerima adaptasi dan penyesuaian, lagu iringan turut menceritakan mengenai pasang bercinta, kehidupan masyarakat Melayu dan sebagainya.
Maruas
Photo Credit: Google
Gambus
Photo Credit: Google
Akordion
Photo Credit: Google
Bedok
Photo Credit: Google
JENIS ZAPIN 
Di Johor terdapat 16 jenis zapin. Berikut merupakan 16 jenis zapin yang terdapat di Johor:


YAYASAN WARISAN JOHOR DAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGERI JOHOR


Sehingga kini, di negeri Johor tarian zapin masih diberikan perhatian yang serius sehinggakan terwujudnya sebuah jabatan kesenian bagi menjaga dan memelihara tarian tradisi ini. Jabatan yang diberikan tanggungjawab dan kepercayaan oleh kerajaan negeri Johor ialah Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor (JKKN). Yayaysan Warisan Johor merupakan pertubuhan yang memelihara dan memartabatkan budaya dan tarian zapin.Oleh itu, segala ketetapan dan peraturan mengenai zapin di Johor dan di Malaysia perlulah ditetapkan dan perlu dirujuk kepada YWJ bagi memastikan segalanya tidak terlari daripada yang asal.

SEJARAH ZAPIN PADANG SARI

Allahyarham Haji Saim Bin Ros merupakan penerus kepada Zapin Padang Sari dan lahir di Kampung Parit Haji Rasul, Batu Pahat, Johor. Beliau telah menetap di Kampung Padang Sari, Batu Pahat, Johor dan Zapin Padang Sari ini juga telah berasal daripada Kampung Padang Sari, Batu Pahat Johor. Beliau telah mendapat bimbingan daripada 2 orang guru yang bernama Wak Muh Benjol dan Tuan Haji Surjat. 


KEISTIMEWAAN ZAPIN PADANG SARI

 Kebiasaanya pada zapin-zapin lain, kiraan 1 bagi permulaan kaki adalah pada " point " atau kaki pada fasa persedian. Tetapi untuk Zapin Padang Sari ini, kiraan 1 permulaan langkah kaki adalah kebelakang pada arah 45 darjah. Pergerakkan kaki tersebut adalah perbezaan ketara yang amat dikenali dalam Zapin Padang Sari. Selain itu, pegerakkan tangan yang menceduk pada kiraan 6 memberikan zapin ini lebih cantik dan beralun tariannya.

Tarian Zapin Padang Sari ini sesuai ditarikan oleh penari lelaki kerana geraknya yang mempunyai unsur bermain sewaktu ditarikan. Oleh itu, sekiranya penari lelaki sahajayang  menarikannya, unsur permainan dalam sebuah tarian itu akan hidup dan akan menjadikan penonton yang melihatnya terpesona dan kagum. Lagu-lagu yang sesuai diiringkan dengan Zapin Padang Sari ini ialah Habibilah, Alunan Zikir Ya Rabbi dan  Ya Rasullah.
Photo Credit:

ZAPIN TANJUNG LABUH


KEISTIMEWAAN ZAPIN TANJUNG LABUH

Zapin ini mempunyai 4 ragam utama iaitu ragam satu (asas), ragam dua, ragam tiga dan ragam empat. Uniknya zapin ini adalah terletak pada kiraan 1 permulaan ragam. Hal ini kerana, setiap kiraan 1 pada setiap langkah perlu digantungkan kaki dengan halus dan lebih tertib. Langkah gantung itu adalah satu identiti pada Zapin Tanjung Labuh.

Walaubagaimana sekalipun, Zapin Tanjung Labuh ini sesuai ditarikan dengan Zapin Kores oleh penari lelaki. Hal ini kerana, ragam tarinya yang seakaan serupa dan kisah terciptanya zapin itu sendiri yang sememangnya sama. Tambahan pula, Kampung Tanjung Labuh dan Kampung Kores adalah berdekatan di dearah Batu Pahat. Perbezaan ketara yang terdapat di antara dua zapin ini ialah Zapin Tanjung Labuh hanya menggunakan 1 tangan denagn gerak tangan pada paras pinggang manakala bagi Zapin Kores pula pergerakkan tangan yang lebih tinggi pada paras bahu. Oleh itu, sememangnya elok untuk digabungkan tarian ini bersama

Photo Credit:

ZAPIN PAT LIPAT


Zapin Pat Lipat merupakan sejenis zapin yang mula diperkenalkan di Parit Bugis, Muar, Johor dan kini telah berkembang hingga ke Parit Yusof Darat ( Mukim Sungai Balang).

Zapin Pat Lipat mula ditarikan oleh golongan imam selepas tamat bacaan tahlil pada majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis berkhatan.

Zapin ini diperkembangkan oleh Tuan Imam Nasir bin Mahmud Sulaiman. Beliau merupakan seorang guru agama dan telah menurunkan ilmu Zapin Pat lipat ini kepada pewaris yang merupakan generasi ketiga mewarisi zapin tersebut. 

Setelah menyedari Zapin Pat Lipat kian dilupai, En Mohd Amir telah menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama "Zapin Sri Serumpun"



Photo Credit:

  • Posted In:

Our Awesome partners

Initiative By ITEA Technology
Programme By Iskandar Regional Development Authority (IRDA)
Supported By Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Strategic Platform