TOKOH - TOKOH SENI JOHOR

Terdapat 2 tokoh seni berbakat yang berasal dari Johor, Malaysia. Salah satu tokoh yang patut disebut adalah Dato' Syed Ahmad Jamal. Ia merupakan Seniman Negara ke-2 di Malaysia dan terkenal sebagai pelukis abstrak yang berbakat. Karyanya mencerminkan kekayaan budaya dan tradisi masyarakat Johor, dan telah diakui dalam berbagai pameran seni di dalam dan luar negeri. Dengan kreativitas dan dedikasinya dalam seni lukis, Dato' Syed Ahmad Jamal telah menginspirasi banyak seniman muda dan meninggalkan warisan seni yang berharga bagi negara.

TOKOH - TOKOH SENI JOHOR

Terdapat 2 tokoh seni berbakat yang berasal dari Johor, Malaysia. Salah satu tokoh yang patut disebut adalah Dato' Syed Ahmad Jamal. Ia merupakan Seniman Negara ke-2 di Malaysia dan terkenal sebagai pelukis abstrak yang berbakat. Karyanya mencerminkan kekayaan budaya dan tradisi masyarakat Johor, dan telah diakui dalam berbagai pameran seni di dalam dan luar negeri. Dengan kreativitas dan dedikasinya dalam seni lukis, Dato' Syed Ahmad Jamal telah menginspirasi banyak seniman muda dan meninggalkan warisan seni yang berharga bagi negara.

Photo Credit: pementaan budaya

Allahyarham Dato' Syed Ahmad Jamal merupakan seorang yang serba boleh dalam lingkungan bidang seni lukis. Beliau dilahirkan pada 12 September 1929 di Bandar Maharani, Muar, Johor. Ketika dibangku sekolah lagi, beliau menunjukkan kecenderungannya terhadap seni lukis. Apabila ditanya oleh gurunya mengenai cita-citanya, beliau dengan yakinnya menjawab 'saya ingin menjadi seorang pelukis'.

 

Pada usia awal 20-an, beliau telah terkenal sebagai pelukis apabila memenangi hadiah pertama pertandingan melukis di Johor Bahru pada tahun 1950-an. Pada tahun 1951, beliau mendaftar sebagai pelajar di Chelsea School of Art. Pengajiannya diteruskan sebagai pelajar di University of London's Institute of Education pada tahun 1955. Hasilnya, beliau menghasilkan Bather by The Sea (1957) dan Duel in The Snow.

 

Karya ini dilihat sebagai gaya ekspresionisme abstrak oleh anak Melayu gandingan lenturan berus pengaruh barat dan latar belakang perkampungan Melayu. Antara pameran solo beliau adalah Retrospective Exhibition pada tahun 1975 di Balai Seni Negara, Syed Ahmad Jamal, A Historical Overview 1954-1994 pada tahun 1994 di Galeri Seni Nanyang, Kuala Lumpur, Antara Langit & Bumi (Between Heaven and Earth) pada tahun 2000 di Galeri PETRONAS.

 

Allahyarham Dato' Syed Ahmad Jamal berkarya gaya Ekspresionis Abstrak dengan menggunakan idiom abstrak yang berasakan kepada gerak isyarat dan emotif. Beliau dianggap pelukis pertama yang menerokai "Catan Non Objektif" melalui karya bertajuk "Umpan" (The Bait), sebuah karya agung yang dihasilkan pada rahun 1959, Penggunaan awal tulisan Jawi di dalam karya "Chairil Anwar" (1958) telah  menjadikan beliau  sebagai pelopor seni lukis khat cat minyak atas kanvas.

 

Semasa hidupnya, beliau berperanan sebagai pelukis, penulis, pemimpin persatuan dan pentadbir dapat dipegang serentak tanpa banyak masalah. Keunikan memainkan semua peranan ini amat jarang dimiliki oleh seorang pelukis apatah lagi melakukannya dengan cemerlang sekali. Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1979 hingga 1982 serta pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England dari 1958-1959.

 

Beliau antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga 1991.

 

Sumbangan yang tidak ternilai terhadap perkembangan seni dan budaya ini melayakkan beliau sebagai Seniman Negara ke-2 pada tahun 1995. Beliau meninggal dunia pada 30 Julai 2011 di usia 82 tahun. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu Gombak.

Photo Credit: pementaan budaya

Tuan Haji Md Ismail Bin Jamjam @ Zamzam merupakan seorang penulis yang cukup aktif di negeri Johor. Beliau aktif berkarya sehingga kini. Antara genre penulisan ialah puisi, novel, drama, cerpen, buku teks dan lirik lagu. Hasil-hasil penulisan beliau adalah sepertAntologI Puisi (Perempuan Yang Kutemui – Antologi Puisi PPJ (1973)Merentas Lima Dasawarsa (Antalogi Puisi Pilihan 1960-2015) ITBM KL (2017) serta Rakaman Ombak (2019)

 

Beliau turut menghasilkan lebih 25 Antologi Puisi Bersama dengan tajuk-tajuk seperti Sayang Adik Sayang – DPB (1975)Kumpulan Sajak – Sajak Pemenang Hadiah Sastera 1971 – 1973 DBP (1976)Nyanyian Wau – DBP (1987)Lukisan Zaman – Marwilis (1991)Malaysia Dalam Puisi – DBP (1988 & 1991)Gurindam Alam – Masa Ent. (1995)100 Sajak Malaysia – Tra – Tra (1984)Kasut Hitler – Utusan Puclication (1996) serta Manggar – Manggar Kemerdekaan (Yayasan Warisan Johor) – 2007.

 

Di samping  itu, beliau turut menghasilkan novel remaja iaitu seperti Mencari Pembunuh DBP (1973)Yang Liar dan Terbiar – K. Publishing (1989)Yang Resah Gelisah – Marwilis Publication (1990) serta Trilogi Novel Remaja Zam Ismail -YWJ (2014)

 

Antologi drama yang dihasilkan adalah seperti antologi Drama Penantian – Penerbit Karyawan (1988). Manakala antologi cerpen adalah seperti Harga Sebotol Madu (bersama isbiha) – DBP (1985) serta Bintang di Langit Lain (bersama Othman Puteh) – DBP (1994). Beliau turut menyumbang dalam penulisan kandungan buku – buku teks Bahasa Malaysia iaitu Bahasa Malaysia Situasi Tingkatan Peralihan – Longmans (1977)Bahasa Malaysia SPM – Penerbit Fajar Bakti (1984)Nota Ringkas Bahasa Malaysia SPM  – Penerbit Fajar Bakti (1986) serta Bahasa Malaysia Orentasi Peperiksaan Tingkatan 4 & 5 – Longmans (1986)

 

Beliau turut aktif dalam Kertas Kerja dan Artikel Persatuan Penulis Johor - Penubuhan dan Peranannya Dalam Sejarah Pertumbuhan Organisasi Bahasa dan Persuratan di MalaysiaPenyair dan Globalisasi KebudayaanUnsur – unsur Mintor dan Lagenda Dalam Buku Sejarah Melayu, Karya Tun Seri Lanang serta Pemugaran Warisan Khazanah Melayu: Pengalaman Yayasan Warisan Johor.


Antara anugerah dan penghargaan yang pernah diterima oleh beliau adalah Anugerah Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan – 2004Anugerah Tokoh GAPENA (2008)Anugerah Tokoh Budaya Negeri Johor (2019)Anugerah Tokoh Penulis Tenggara Asia (2014) dan Anugerah Sasterawan Johor (2019). Beliau turut mewakili GAPENA (Malaysia) bagi membentangkan kertas kerja mengenai “Buku Anak – Anak dan Para Remaja” dalam Seminar Antarabangsa anjuran UNESCO pada tahun 1975 dan merupakan pengasas penubuhan Persatuan Penulis Johor (PPJ) pada tahun 1996.

Kedua tokoh seni ini telah memberikan sumbangsih penting dalam melestarikan dan mengembangkan seni di Johor, serta mewariskan nilai-nilai budaya yang kaya dan berharga bagi generasi mendatang. Karya-karya mereka akan terus menjadi inspirasi dan warisan budaya yang tak ternilai bagi bangsa Malaysia.

  • Posted In:

Our Awesome partners

Initiative By ITEA Technology
Programme By Iskandar Regional Development Authority (IRDA)
Supported By Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Strategic Platform