Tarian Kaum India Di Johor Bahru

Keindahan dan Kehebatan Tarian Bharathanatyam , Tarian Kolattam & Tarian Kathakali

Tarian Kaum India Di Johor Bahru

Keindahan dan Kehebatan Tarian Bharathanatyam , Tarian Kolattam & Tarian Kathakali

TARIAN BHARATHANATYAM

Bharatanatyam adalah tarian tradisional masyarakat India dari Tamil Nadu, India. Istilah “bharatanatyam” berasal daripada gabungan suku kata “bha” (bhava, ekspresi), “ra” (raga, muzik), “ta” (tala, ritma) dan “natyam” (seni tarian dramatik).

Teknik tarian bharatanatyam adalah berasaskan teks Natya Sastra yang dianggap sebagai manual rasmi bagi semua seni drama, tarian dan muzik tradisional di negara India. Natya Sastra ditulis oleh Bharata Muni lebih 2500 tahun dahulu.

Pada asalnya, bharatanatyam hanya ditarikan oleh devadasi iaitu golongan gadis yang menghambakan diri kepada dewa-dewa dan kuil, serta tidak akan berkahwin sepanjang hayat. Golongan devadasi membuat persembahan bharatanatyam di kuil untuk menunjukkan cinta mereka terhadap dewa yang dipuja.
Photo Credit: Tarian
Mengikut peredaran zaman, bharatanatyam mula menjadi persembahan pentas. Penari lelaki juga mula melibatkan diri dalam tarian tradisional ini.

Terdapat dua bahagian utama dalam tarian bharatanatyam iaitu nritta dan nritya. Nritta merujuk pada gerak-geri abstrak oleh penari dalam usaha menunjukkan kehebatan dan kemampuan membuat persembahan bharatanatyam.

Manakala bahagian nritya adalah bahagian “cerita” di mana penari menjadi “pencerita” yang akan menyampaikan sebuah kisah kepada para penonton melalui gerak-geri (abhinaya) penuh ekspresif tanpa suara. Kisah akan disampaikan melalui lagu yang dinyanyikan oleh seorang vokalis wanita.

Abhinaya yang digunakan oleh penari bharatanatyam termasuk mukhabhinaya (ekspresi muka), hastabhinaya (ekspresi tangan; mudra), netrabhinaya (ekspresi mata) dan angikabhinaya (gerak-geri seluruh tubuh).

Pergerakan penari adalah secara semitrikal; iaitu apabila suatu aksi dilakukan pada sebelah kanan, maka aksi yang sama akan dilakukan pada sebelah kiri. Penari bharatanatyam juga mampu menggerakkan setiap bahagian anggotanya secara berasingan; misalnya hanya kepala atau mata digerakkan.

Photo Credit: Persatuan seni budaya

TARIAN KOLATTAM


Kolattam adalah seni kampung purba. Tarian ini dilakukan oleh wanita sahaja, dengan dua batang kayu diadakan di setiap tangan dan dipukul untuk membuat bunyi berirama.Kummi adalah salah satu bentuk purba tarian kampung Tamilnadu. Ia berasal apabila tidak ada alat muzik, dengan para peserta bertepuk tangan mereka untuk menjaga masa. Ini dilakukan oleh wanita; pelbagai jenis Kummi, seperti, Poonthatti Kummi, Deepa Kummi, Kulavai Kummi, Kadir Kummi, Mulaipari Kummi dan lain-lain yang diketahui. Wanita berdiri dalam bulatan dan menari bertepuk tangan mereka  untuk mengangkat lagu-lagu. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan kuil, Pongal, pesta menuai, fungsi keluarga seperti untuk menyambut kedatangan umur daripada anak perempuan dan lain-lain baris pertama lagu ini dinyanyikan oleh wanita yang terkemuka.

Photo Credit: Harian metro
TARIAN KATHAKALI

Kathakali adalah tarian yang berasal dari Kerala (India Selatan). Tarian ini merupakan drama musikal yang bermakna permainan cerita dan ditarikan untuk menggambarkan kemenangan kebenaran atas kesalahan. Para penari Kathakali menggunakan riasan wajah serta kostum tarian yang berwarna meriah. Ini melambangkan bahwa karakter-karakter yang dimainkan merupakan mahkluk dari dunia lain. Riasan wajah-wajah penari dapat dibedakan sebagai satvik (rupa dewa), rajasik (rupa ksatria), dan tamasik (rupa setan). Tema tari Kathakali berasal dari cerita klasik Ramayana, Mahabharata dan berbagai kisah legenda dan mitologi Hindu.
Photo Credit: Roketkini

  • Posted In:

Our Awesome partners

Initiative By ITEA Technology
Programme By Iskandar Regional Development Authority (IRDA)
Supported By Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Strategic Platform